Tentang Kami
Teknologi Hijau Untuk Masa Depan Yang Subur
Teknoganik Hijau ialah sebuah syarikat yang menggabungkan teknologi dan bahan organik yang mesra alam dan selamat seiring dengan amalan agronomi yang baik dalam memastikan pertanian yang mampan. Dengan penghasilan produk yang inovatif, kami berusaha membantu para petani menghadapi cabaran dalam bidang pertanian, memantapkan prestasi tanaman, disamping meningkatkan mutu pertanian negara.
Visi
Misi
Shaharuddin Yusof
Pengarah 1
Shaharuddin Yusof, seorang lulusan dari Universiti Miami, Florida, Amerika Syarikat dalam bidang Sains Komputer. Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun, terutamanya dalam pembangunan produk dan perkhidmatan ICT untuk sebuah syarikat Minyak dan Gas.
Kepakaran beliau dalam mengembangkan entiti perniagaan, dibantu dengan teknologi online dan sosial media, membolehkan beliau merekayasa banyak strategi pemasaran produk untuk pelbagai projek.
Dalam bidang pertanian, beliau telah terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan baja bio-teknologi organik. Beliau adalah pengasas syarikat Teknoganik Hijau Sdn Bhd, yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan penghasilan formulasi baja bio-teknologi organik PowerGRO.
Muhamad Habibillah
Pengarah 2
Muhamad Habibillah, adalah seorang anak jati Peneroka Felda Serting Hilir, Jempol Negeri Sembilan, lulusan dari Universiti Teknologi Mara, Kuala Pilah Negeri Sembilan dalam jurusan Pengurusan Ladang. Beliau mempunyai pengalaman 12 tahun dalam bidang pertanian terutama dalam aspek pengurusan, perladangan, dan pembangunan produk.
Antara pencapaian beliau adalah, terlibat dalam penyelidikan penghasilan produk jenama PowerGRO. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengurus di Yayasan Pahang (YP Hevea), Penolong Pengurus di Trade Wind Plantation (Replanting) Gua Musang Kelantan, Pengurus Sumber Asia S/b (Ladang Durian) di Raub, dan Pengurus (Tanaman Sayuran Batas dan Fertigasi) di Syarikat Leendin Services Sdn Bhd di Alor Gajah Melaka.