Inovasi Agrikultur Masa Depan

Pembuatan Baja Organik Berasaskan Mikrob

Menggunakan formulasi bahan organik dan gabungan teknologi mikrob dalam penghasilan produk. Baja Mikrob PowerGRO merupakan produk utama yang dipasarkan oleh syarikat Teknoganik Hijau Sdn. Bhd. di pasaran secara atas talian dan melalui agen serta stokis di seluruh Malaysia. Memproses dan memasarkan baja bio-organik secara atas talian dan jualan langsung.

Khidmat Konsultasi Tanaman

Penglibatan secara langsung dalam bidang pertanian telah menjadikan satu tanggunjawab kepada kami untuk berkongsi serba sedikit ilmu berkaitan pertanian disamping bertukar-tukar pendapat dalam mendapatkan kaedah terbaik dan sesuai untuk tanaman.

Pembangunan tanah terbiar

Satu inisiatif syarikat dalam mengoptimumkan penggunaan tanah yang tidak dimanfaatkan melalui pembangunan pertanian dan agro-industri secara sistematik yang mana bermula daripada perancangan dan penyediaan kawasan sehingga kepada pembangunan serta pengurusan tanaman dan sumber agro.

Program Pendedahan Mengenai Pertanian

Pendedahan kepada komuniti mengenai amalan pertanian mampan, penggunaan sumber secara optimum dan pemeliharaan alam sekitar. Fokus diberikan kepada pengurusan tanah, tanaman, air serta input pertanian secara berhemah bagi menyokong pengeluaran pertanian yang produktif, mesra alam dan berterusan.