Musim tengkujuh menjadi tempoh yang paling mencabar bagi para pekebun dan pengusaha ladang sawit. Hujan lebat yang berpanjangan bukan sahaja menyebabkan kelembapan tanah meningkat, tetapi juga menjejaskan proses penyerapan nutrien oleh akar sawit. Hal ini menjadikan, ketahanan pokok menjadi lemah, pertumbuhan terencat, dan hasil tandan berkurangan. Dalam keadaan begini, penjagaan yang betul sangat penting bukan sekadar kawalan air atau pembajaan biasa, tetapi strategi menyeluruh bagi memastikan pokok sawit kekal subur dan produktif walaupun cuaca tidak menentu. Antara Langkah proaktif yang paling berkesan untuk memastikan pokok sawit kekal sihat sepanjang musim tengkujuh ialah dengan menggunakan PowerGRO, baja bioteknologi hasil inovasi Teknoganik Hijau yang direka khas untuk meningkatkan daya tahan dan penyerapan nutrien tanaman, termasuk ketika musim hujan.

Cabaran Pokok Sawit Pada Musim Tengkujuh

1. Kadar Air Bertakung di Sekitar Akar

Apabila tanah terlalu basah, ruang udara dalam tanah berkurang dan akar sukar bernafas. Ini menyebabkan akar lemah, reput, dan tidak dapat menyerap nutrien secara optimum. Selain itu, kadar takungan air akan mendorong kepada peningkatan kelembapan tanah yang mana menyebabkan populasi patogen menjadi semakin aktif. Oleh hal demikian, kelembapan tinggi meningkatkan risiko serangan kulat akar dan penyakit daun.

Di samping itu, fenomena ini juga akan mengganggu sistem fotosintesis serta menurunkan daya tahan pokok terhadap persekitaran. Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan pula, ia menunjukkan perubahan suhu dan pola hujan yang tidak menentu telah memberi kesan ketara terhadap hasil kelapa sawit di Malaysia. Kenaikan suhu sekitar 1°C boleh menurunkan hasil sawit antara dua hingga tiga tan sehektar setahun. Dalam tempoh hujan luar biasa, kelembapan berlebihan juga mampu menyebabkan tekanan abiotik dan kerosakan tisu akar. Hal ini menjadikan pokok stres akibat kelembapan berlebihan dan kekurangan nutrient dan mendorong ke arah kadar pembentukan bunga dan buah yang akan terganggu sekali gus menjejaskan hasil pengeluaran sawit

2. Kekurangan Nutrien

Air hujan yang berlebihan menyebabkan baja kimia mudah larut dan hanyut. Nutrien penting seperti nitrogen, kalium dan magnesium tidak sempat diserap oleh pokok sawit mendorong ke arah kekurangan nutrien pada tanaman seterusnya menyebabkan daun menjadi kekuningan dan hasil berkurang.

3. Penurunan Kadar Tandan Buah Segar (FFB)

Musim tengkujuh yang berpanjangan juga akan menjadikan pokok stres akibat kelembapan berlebihan dan kekurangan nutrient. Ini mendorong ke arah kadar pembentukan bunga dan buah yang akan terganggu sekali gus menjejaskan hasil pengeluaran sawit.

Peranan PowerGRO Dalam Penjagaan Pokok Sawit

PowerGRO ialah baja bio organik yang diformulasikan khusus untuk meningkatkan kesihatan akar, mempercepatkan penyerapan nutrien, dan menambah daya tahan pokok sawit terhadap tekanan cuaca.

1. Meningkatkan Penyerapan Nutrien Walaupun Tanah Basah

PowerGRO mengandungi bahan aktif organik yang menstabilkan struktur tanah. Ini membantu akar mendapat oksigen mencukupi dan menyerap nutrien walaupun keadaan tanah terlalu lembap.

Kebanyakan baja biasa kehilangan keberkesanan apabila hujan lebat, tetapi PowerGRO mengekalkan nutrien di sekitar zon akar lebih lama, mengurangkan risiko kehilangan nutrien melalui pencucian (nutrient leaching).

2. Merangsang Pertumbuhan Akar Baharu

PowerGRO mengandungi mikroorganisma bermanfaat yang membantu merangsang pertumbuhan akar halus. Akar baharu ini penting untuk memastikan penyerapan air dan nutrien berterusan walaupun akar lama terjejas akibat tanah lembap. Dengan sistem akar yang kuat, pokok sawit lebih stabil dan tidak mudah tumbang ketika hujan lebat atau angin kuat.

3. Menguatkan Ketahanan Pokok Terhadap Penyakit

Sedia kita maklum bahawa pada musim hujan kulat dan bakteria merbahaya seperti Ganoderma yang menyerang akar sawit amat digeruni oleh pekebun. Dengan kehadiran PowerGRO, ia bertindak secara semula jadi dengan menghalang pertumbuhan patogen ini melalui mikroorganisma baik yang bersaing di zon akar. Hasilnya, kadar penularan kulat, masalah reput akar dan penyakit daun dapat dikurangkan dengan ketara.

4. Meningkatkan Aktiviti Mikrob Baik Dalam Tanah

Keseimbangan mikrobiologi tanah amat penting, terutama ketika musim hujan. PowerGRO membantu mengaktifkan semula mikroorganisma baik yang mempercepatkan pereputan bahan organik serta menukar nutrien kompleks kepada bentuk yang mudah diserap oleh akar sawit.

Cara Guna PowerGRO Ketika Musim Tengkujuh

Untuk memastikan keberkesanan maksimum, penggunaan PowerGRO perlu dilakukan dengan cara yang betul:

  1. Aplikasi di Pangkal Pokok (Basal Application):
    Semburkan PowerGRO di sekeliling pangkal pokok (sekitar satu meter dari batang utama). Ini kawasan aktif bagi akar menyerap nutrien.
  1. Elakkan Waktu Hujan Lebat:
    Lakukan pembajaan selepas hujan reda atau pada waktu pagi sebelum hujan turun bagi memastikan nutrien sempat diserap sebelum terlarut.
  1. Kekerapan Aplikasi:
    Disyorkan digunakan setiap dua bulan sekali sepanjang musim hujan, bergantung kepada tahap kelembapan tanah dan keadaan pokok.
  1. Gabungkan Dengan Amalan Agronomi Baik:
    PowerGRO lebih berkesan jika digabungkan dengan sistem perparitan yang baik, kawalan rumpai dan penjagaan tanah yang rapi.

Kenapa PowerGRO Lebih Sesuai Untuk Musim Tengkujuh?

FaktorBaja Kimia BiasaPowerGRO
Ketahanan HujanMudah larut & hilangKekal stabil di tanah
Penyerapan NutrienBerkurang bila tanah basahTetap tinggi melalui mikroba aktif
Risiko Akar ReputTinggiRendah – mikroba lindungi akar
Kesan Jangka PanjangPerlu dos tinggi berulangKesan tahan lama dengan dos lebih rendah

PowerGRO bukan sekadar baja, tetapi penjaga tanah dan akar yang bekerja berterusan walaupun selepas hujan. Ia membantu mewujudkan ekosistem tanah yang sihat dan berdaya tahan tinggi di samping menyediakan asas penting untuk tanaman sawit yang produktif.

Kesimpulan

Musim tengkujuh merupakan fasa yang mencabar bagi para pekebun dan peladang, tetapi dengan strategi penjagaan yang betul, ia bukan lagi penghalang kepada hasil sawit yang tinggi. Penggunaan PowerGRO dan penjagaan yang terbaik ialah kunci utama bagi memastikan tanah, akar dan sistem nutrien berada dalam keadaan optimum walaupun kelembapan meningkat. Bagi pekebun sawit yang mahu hasil kekal stabil dan pokok sawit terus sihat sepanjang tahun, PowerGRO sewajarnya menjadi pilihan paling bijak dan selamat digunakan terutamanya ketika musim tengkujuh yang tidak menentu.