
Event Pakar Pertanian 2025 telah berlangsung dengan meriah, menghimpunkan exhibitor pertanian dari seluruh Malaysia dan luar negara. Acara ini menjadi platform utama bagi pemain industri untuk mempamerkan teknologi dan produk pertanian terkini, termasuk produk organik yang semakin mendapat tempat dalam kalangan petani dan pekebun.
Salah satu produk yang mencuri perhatian dalam acara ini ialah PowerGro, produk organik serba guna yang sesuai untuk semua jenis tanaman. Dengan formulasi berkualiti tinggi, PowerGro membantu meningkatkan kesuburan tanah, mempercepat pertumbuhan tanaman, serta meningkatkan hasil tuaian secara semula jadi. Sepanjang event berlangsung, booth PowerGro menerima kunjungan ramai, termasuk para petani, usahawan, dan penggiat industri pertanian yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang keistimewaan produk ini.

Kemuncak kejayaan PowerGro di event ini ialah perasmian produk oleh Timbalan Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Chan Foong Hin. Perasmian ini membuktikan keyakinan kerajaan terhadap produk pertanian mesra alam seperti PowerGro yang mampu membantu meningkatkan produktiviti pertanian secara mampan.
Dengan sambutan luar biasa di Event Pakar Pertanian 2025, PowerGro semakin dikenali sebagai pilihan utama dalam sektor pertanian organik. Kejayaan ini membuka lebih banyak peluang untuk produk ini berkembang, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di pasaran antarabangsa. PowerGro komited untuk terus menyokong petani dalam menghasilkan tanaman yang lebih sihat dan berkualiti tinggi.

