Baja organik mikrob semakin mendapat perhatian dalam kalangan petani dan penyelidik pertanian kerana potensinya meningkatkan hasil tanaman secara mampan. Oleh hal yang demikian, PowerGRO telah mengambil inisiatif dengan menjalankan kajian lapangan bagi menguji keberkesanan baja organik mikrob berasaskan sisa tumbuhan dan hasil laut terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman sayuran berdaun serta berbuah yang mana kajian ini telah dijalankan di Arau, Perlis dengan bantuan beberapa orang pakar.

Pendekatan yang digunakan ialah dengan membandingkan tanaman yang diberikan PowerGRO bersama baja kimia dengan tanaman yang hanya menerima baja kimia mengikut amalan standard. Kaedah ini membolehkan penilaian kesan tambahan PowerGRO dibuat secara lebih jelas dan menyeluruh. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan PowerGRO memberikan kesan yang positif terhadap pertumbuhan tanaman. Sayuran berdaun yang dirawat dengan baja ini menampakkan daun yang lebih hijau, subur, dan rimbun, manakala sayuran berbuah menunjukkan batang yang lebih kukuh serta penghasilan buah yang lebih banyak. Dari segi kuantiti, hasil tuaian meningkat berbanding tanaman kawalan, manakala dari segi kualiti, buah yang dihasilkan lebih segar, berwarna menarik, dan mempunyai jangka hayat lebih lama selepas dipetik.

Selain memberi kesan positif kepada tanaman, penggunaan PowerGRO turut memperlihatkan faedah terhadap tanah yang mana kehadiran mikrob dalam baja ini membantu memperbaiki struktur tanah, meningkatkan aktiviti biologi semula jadi, dan mengekalkan kesuburan jangka panjang. Faktor ini sangat penting kerana penggunaan baja kimia secara berterusan sering dikaitkan dengan kemerosotan kesuburan tanah. Oleh itu, PowerGRO bukan sahaja memberi manfaat segera kepada pertumbuhan tanaman, malah menyumbang kepada kelestarian sistem pertanian.

Secara keseluruhannya, kajian di Arau membuktikan bahawa PowerGRO mampu menjadi alternatif yang berkesan untuk meningkatkan hasil pertanian. Ia bukan sekadar menggandakan hasil tuaian, malah turut membantu mengurangkan kebergantungan kepada baja kimia, memelihara alam sekitar, dan meningkatkan kualiti hasil yang lebih bernilai di pasaran. Dengan hasil kajian ini, PowerGRO dilihat berpotensi besar untuk diperluas penggunaannya dalam kalangan petani di Malaysia, khususnya mereka yang mengusahakan tanaman sayuran berdaun dan berbuah.