Teknoganik Hijau berasa amat berbesar hati kerana telah menerima kunjungan pegawai Jabatan Mufti Negeri Melaka bagi menyempurnakan urusan pemasangan dan penentuan arah kiblat di premis kami.

Penentuan arah kiblat ini adalah satu proses penting yang dilakukan secara rasmi oleh pihak berautoriti menggunakan kaedah pengukuran yang tepat dan sahih. Dengan adanya pemasangan arah kiblat yang disahkan, seluruh warga Teknoganik Hijau dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keyakinan dan ketenangan.

Kehadiran Mufti Negeri Melaka ini bukan sahaja memberikan jaminan bahawa segala urusan berkaitan arah kiblat di Teknoganik Hijau terjamin ketepatannya, tetapi juga membawa keberkatan dan semangat baharu kepada kami sebagai sebuah organisasi yang berusaha memajukan sektor pertanian bio-organik berteknologi hijau.

Semoga dengan penentuan arah kiblat yang tepat ini, setiap usaha dan amal kerja kami di Teknoganik Hijau akan sentiasa dipandu dengan nilai-nilai syariah, diberkati oleh Allah SWT, dan memberi manfaat bukan sahaja kepada sektor pertanian, malah juga kepada masyarakat dan ummah seluruhnya.