Ganoderma boninense ialah kulat patogen utama yang menyebabkan penyakit Basal Stem Rot (BSR) pada tanaman kelapa sawit. Ia merupakan ancaman signifikan kepada pengeluaran sawit terutama di Asia Tenggara termasuk Malaysia, di mana industri ini menjadi salah satu penyumbang ekonomi utama. Mengikut kajian, serangan BSR boleh menyebabkan kematian pokok dalam jumlah besar dan mampu menjejaskan hasil sawit. Oleh hal yang demikian, ini menjadikan kawalan penyakit ini amat penting dan wajar mendapat penelitian. Penggunaan input pertanian yang berasaskan teknologi mikrob seperti PowerGRO memberikan satu impak yang positif dan mekanisme yang efektif bagi kawalan patogen yang menyerang tanaman ini.
Mekanisme dan Potensi Kawalan Biologi Terhadap Ganoderma
1. Bacillus sp. sebagai Agen Kawalan Biologi (Agen KB)
Menurut InfoPertanian (Disember 2024), penyelidikan menunjukkan bahawa mikroorganisma tanah daripada genus Bacillus sp. mempunyai potensi sebagai agen kawalan biologi terhadap Ganoderma boninensedalam penanaman sawit.
- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mengkaji dan memperolehi 95 mikroorganisma daripada tanah sawit, dan mengenal pasti 3 jenis Bacillus sp.
- Kajian seterusnya di tapak semaian menunjukkan bahawa penggunaan Bacillus sp. mengurangkan kadar penyebaran G. boninense kepada 66–68%, berbanding 45.20% dalam plot kawalan.
- Hasil positif ini mencadangkan bahawa Bacillus sp. mempunyai potensi untuk dikomersialkan, sama ada sebagai ejen tunggal atau digabungkan dengan baja bio-organik, bagi memperkukuh ketahanan tanah terhadap jangkitan Ganoderma.
2. Bacillus subtilis sebagai Perangsang Rintangan (Induced Resistance)
Menurut artikel dalam Biodiversitas Journal of Biological Diversity (2020), kajian menunjukkan bahawa Bacillus subtilis endofitik dapat merangsang sistem pertahanan semula jadi pokok sawit terhadap jangkitan G. boninense.
- Sewaktu kajian dijalankan, pokok sawit dirawat dengan empat kepelbagaian kepekatan inokulum Bacillus subtilis (0, 10^11, 10^12, dan 10^13 cfu/mL) sebelum didedahkan kepada kulat Ganoderma.
- Hasil kajian mendapati bahawa kehadiran Bacillus sp. mampu meningkatan tempoh inkubasi, mengurangkan penyebaran penyakit, merangsang pertumbuhan lebih baik, dan meningkatkan kandungan asid salisilik dalam daun. Tambahan pula, B. subtilis juga berupaya menghasilkan IAA (indole-3-acetic acid) yang merupakan hormon tumbesaran yang penting bagi tanaman.
Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, ini membuktikan bahawa Bacillus subtilis bukan sahaja membendung jangkitan tetapi juga menyokong pertumbuhan sihat tanaman sawit melalui pengaktifan tindak balas fisiologi yang kompleks.
Integrasi Kawalan Biologi dalam Amalan Ladang Sawit
1. Penggunaan Bersama dengan Baja Bio-Organik
Mengintegrasikan Bacillus sp. atau B. subtilis bersama baja bio-organik mampu memberikan satu pendekatan bagi kawalan komprehensif yang mampu meningkatkan kesuburan tanah dan ketahanan tanaman secara serentak. Manfaat ini bukan sahaja menjadikan amalan bio-control yang efektif bagi tanaman malah ia juga mampu mendorong ke arah pertanian yang lebih lestari kerana bebas daripada penggunaan racun kulat kimia.
2. Penggunaan Awal di Tapak Semaian
Berdasarkan kajian, aplikasi awal Bacillus pada peringkat semaian sawit memberi impak signifikan kepada pertumbuhan dan kesihatan tanaman. Oleh hal yang demikian, langkah ini dapat mempengaruhi kesihatan pokok dari awal dan menjadikan tanaman lebih tahan terhadap serangan Ganoderma pada peringkat matang kelak.
3. Kawalan Berdasarkan Populasi Mikrob
Bagi persekitaran tanah yang mencatatkan populasi Bacillus sp. Yang paling tinggi, ia menunjukkan kadar penyebaran dan jangkitan Ganoderma adalah rendah. Oleh itu, pemantauan dan pengurusan populasi mikrob tanah boleh dijadikan strategi penting. Contohnya:
- Merawat tanah dengan menjalankan semburan input pertanian yang mengandungi Bacillus sp. secara berkala.
- Meningkatkan penggunaan bahan organik untuk menyokong aktiviti mikrob bermanfaat.
- Mengurangkan penggunaan bahan kimia yang boleh merencatkan populasi mikrob bermanfaat di dalam tanah.
Implikasi untuk Industri Sawit Malaysia
Ekonomi & Pengeluaran
Kawalan berkesan dan efektif terhadap Ganoderma bukan sahaja mampu menyelamatkan pokok sawit tetapi juga dapat mengekalkan produktiviti tanah dan meningkatkan kualiti hasil tanaman. Tambahan pula, pengurangan kebergantungan kepada fungisid dan pengurangan kerugian hasil semestinya mampu menyumbang kepada peningkatan margin keuntungan kepada para pengusaha.
Kelestarian Alam Sekitar
Pendekatan bio-control adalah mesra alam dan ia menjadikan industri sawit lebih mampan sejajar dengan konsep yang sering kali dibahaskan. Oleh hal demikian, penggunaan input produk yang mengandungi Bacillus sp. dan Bacillus subtilis seperti PowerGRO mampu merangsang peningkatan kompleks komuniti tanah.
Potensi Komersial
Berdasarkan hasil positif kajian MPOB, ia mendapati bahawa kadar pengurangan penyebaran kulat Ganoderma adalah sehingga 68% berbanding plot kawalan 45%. Ini mewujudkan peluang kepada pihak swasta untuk membangunkan produk mikrob siap guna, sama ada dalam bentuk inoculant atau baja bio-organik berasaskan bakteria.
Cadangan Penambahbaikan dan Penyelidikan Lanjutan
- Kajian Jangka Panjang di Ladang Komersial
Menjalankan kajian lapangan berskala besar bagi melihat keberkesanan Bacillus sp. dan B. subtilis dalam keadaan sebenar di ladang bagi musim yang berbeza. - Pengelolaan Tekno-Ekonomi
Analisis kos-pulangan untuk penggunaan bio-control vs fungisid kimia dalam pelbagai keadaan ladang agar penerimaan petani lebih meluas. - Formulasi Produk
Reka bentuk produk berasakan mikrob yang stabil, mampu disimpan pada tempoh masa yang lama, dan mudah diaplikasi (contohnya granul, cecair, atau benih dirawat). - Kerjasama R&D Malaysia–Indonesia
Menjalinkan hubungan kerjasama serantau bagi memperluaskan skala penyelidikan dan adaptasi teknologi yang bersesuaian dengan ekosistem Malaysia. - Pemantauan Mikrobiom Tanah
Penggunaan teknologi genetik (contohnya metagenomik) yang mampu membantu mengenal pasti populasi mikrob tanah dan menyesuaikan strategi bio-control secara lebih tepat dan saintifik.
Kesimpulan
Berdasarkan hasil dapatan kajian, relevan dikatakan bahawa Ganoderma boninense merupakan ancaman utama kepada industri kelapa sawit. Namun, pendekatan biologi khususnya penggunaan Bacillus sp. dan Bacillus subtilis mampu menjadikan penyelesaian yang lebih efektif. Kajian menunjukkan potensi signifikan bagi penggunaan mikrob dalam meningkatkan ketahanan pokok sawit terhadap penyakit, mengurangkan penggunaan bahan kimia, dan menyokong pembangunan lestari.
Mengamalkan konsep integrasi sains moden (seperti analisis fisiologi dan teknik mikrob) bersama amalan agronomi tradisional boleh membentuk strategi kawalan penyakit yang cekap dan optimal. Dalam usaha ini, penggunaan baja berasaskan mikrob seperti PowerGro dari Teknoganik Hijau mampu memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai sumber nutrien, tetapi juga sebagai sokongan ekosistem tanah yang sihat untuk mengurangkan risiko serangan Ganoderma. Sebarang persoalan mengenai formulasi baja mesra alam bagi ladang sawit boleh didapati di laman sesawang Teknoganik Hijau bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.