Festival PERMAI 2025, Perlis

Festival Permai 2025 yang berlangsung di negeri Perlis merupakan sebuah acara rasmi berimpak tinggi yang menggabungkan pelbagai sektor utama dalam industri agro yang mana program ini menghimpunkan sektor pertanian, penternakan, dan juga jentera tuaian (jentuai) di bawah satu platform yang menyatukan inovasi, peluang dan kolaborasi antara pengeluar, pengguna serta pihak berautoriti.

PowerGRO, sebagai pengeluar baja organik mikrob berteknologi tinggi juga telah turut serta dalam festival ini bagi memperkenalkan rangkaian produk dan teknologi terkini kepada para pengunjung, petani dan wakil industri. Penyertaan ini sejajar dengan komitmen syarikat dalam memacu inovasi pertanian hijau serta menyokong amalan pertanian mampan.

Kemuncak festival turut diserikan dengan kejayaan salah seorang pengguna PowerGRO, Encik Zul, yang berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Hasil Harumanis Terbaik sempena Festival Permai 2025. Kejayaan ini menjadi bukti kukuh terhadap keberkesanan baja PowerGRO dalam membantu meningkatkan mutu dan hasil tanaman tempatan.


Penyertaan PowerGRO dalam Festival Permai 2025 bukan sekadar kehadiran fizikal di tapak pameran, tetapi merupakan manifestasi komitmen syarikat dalam mendukung pembangunan pertanian hijau yang lebih lestari dan berinovasi. Sepanjang tiga hari festival, PowerGRO bukan sahaja berjaya memperkenalkan produk dan teknologi kepada pelbagai lapisan pengunjung, malah turut membina jaringan strategik bersama pihak industri serta agensi berkaitan.

Secara keseluruhan, Festival Permai 2025 telah menjadi platform penting bagi PowerGRO untuk terus melangkah ke hadapan dalam misi membina masa depan pertanian yang lebih hijau, berdaya saing dan berasaskan ilmu.