Ayer Paabas, Melaka – 2025
PowerGRO telah menjalankan satu kajian lapangan bagi tanaman pisang yang bertempat di Alor Gajah, Melaka. Kajian lapangan ini merupakan sebahagian daripada usaha penyelidikan dan pembangunan produk baja organik mikrob. Selain itu, kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan produk PowerGRO dalam meningkatkan pertumbuhan, ketahanan penyakit dan hasil tanaman pisang dalam kondisi sebenar lapangan.
Pada Oktober 2024, satu projek penanaman pisang berangan telah dimulakan di kawasan seluas 1 ekar yang terletak di UCAM dan telah melibatkan sebanyak 1,000 pokok. Projek ini bertujuan menguji keberkesanan input pertanian dalam meningkatkan prestasi pertumbuhan dan hasil tanaman, khususnya menggunakan rangkaian produk PowerGRO, Absorb, dan Power Attack.
Hanya dalam tempoh beberapa bulan selepas penanaman, perkembangan tanaman adalah sangat memberangsangkan di mana daun pokok kelihatan subur dan menghijau, jantung pokok membesar dengan sihat, dan lebih menarik, tandan pisang telah mula keluar lebih awal daripada kebiasaan malah sebelum aplikasi baja buah dilakukan. Ini merupakan satu indikator penting bahawa pokok menerima rangsangan fisiologi awal yang baik.
Keputusan awal ini boleh dikaitkan dengan aplikasi 3 kali semburan PowerGRO, diikuti oleh semburan Absorb dan Power Attack, yang secara sinergistik membantu memperbaiki kesihatan tanah, meningkatkan serapan nutrien, dan memperkuat sistem pertahanan tanaman terhadap tekanan persekitaran dan penyakit.
Hasil kejayaan ini bukan sahaja memberikan keyakinan kepada pasukan teknikal dan pemilik kebun, malah menjadi testimoni langsung bagi keberkesanan produk baja yang berasaskan mikrob dalam mempercepatkan fasa pembungaan dan menjana hasil yang lebih awal serta berkualiti tinggi.
Dengan hasil yang memberangsangkan ini, UCAM berpotensi menjadi model rujukan bagi penanaman pisang berskala kecil dan sederhana menggunakan teknologi baja organik mikrob tempatan, PowerGRO yang mana aplikasi ini adalah selangkah ke arah pertanian lebih lestari dan berimpak tinggi.